bila cuba nak senangkan hati semua orang, makin banyak yang tak jaga hati kita. dugaan. sabar je lah.
macam tadi, dengan selamba orang tu ambil buku yang saya usaha untuk dapatkan. i mean, like, err what the..
nasibla ada segelintir kecil sahaja junior yang SANGAT KURANG AJAR.
lantak lah nak terasa ke apa.
patot anda sudah dididik dari kecil untuk hormati orang yang lebih tua.
kesian sangat.
kurang didikan.
kesian..kesian..
nasebla jarang jumpe kot :p
positifnya, alhamdulillah yang dekat-dekat sangat beradab dan baik hati.
lepas ni ko nak mintak tolong? sorry la. aku tak layan orang biadap macam ko. pegi belajar dulu adab. mane tau kecik kecik ko tak diajar. sebab sangat kurang ajar.
saya berasa semakin gemuk. ya. berat seperti naik 1kg lagi. lantas mula pakai korset kembali :p orang da pesan jangan pakai buang pakai buang :p degil :')
maka, selesai berpakaian, bersiap siap dengan semangat menggunakan free sample YADAH sun cream dan BB cream. sangat best! tak berminyak! ini adalah free sample yang kedua. sangat berpuas hati. mungkin sudah tiba masa membelinya :p
saya segera mencapai barang-barang keperluan lain untuk segera ke pejabat, seperti:
beg duit 1
beg duit 2
(huhu bukan banyak duit, percayalah dua2 nya kosong. ada duit syiling saja)
pencil case
handbag? oh tidak!! yang ni tidak dibawa ke pejabat hehehe.
dan...
oh! da sampai ke pejabat!
dan saya dah boleh menggunakan nombor maxis seperti biasa, sebab da ada ganti hp. yey!
namun, tetap lunch sorang-sorang hari ini berteman spageti dari dominos.
Saya ada 3 helai Bamboo Charcoal Slimming Suit untuk di jual.
Belum pakai.
Saiz S/M
Hip 84-94 cm
Waist 62-72 cm
Weight 45-60 kg
Saya beli di groupon/milk a deal, da tak ingat :p dalam bulan 2 cemtu. dan harga lebih murah berbanding yang saya jumpa dekat facebook dan lain-lain :)
kalau tak silap, saya beli 4 pcs rm100. dan di online shops yang lain sehelai adelah rm40.
saya nak let go dengan harga rm15 sehelai. tak termasuk shipping.
shipping untuk semenanjung malaysia rm7 dan sabah/sarawak rm10.
sobs. sangat bizi dan mood tak berapa cumel 2, 3 hari ni :') dan rasa sangat sunyi :(
jadi kepala macam kucar kacir dan kurang tumpuan :(
dan sangat sunyi :(
berdasarkan tajuk di atas, saya nak let go saya punya body suit :p belum pakai! beli lebih dari satu. satu da pakai. nak let go yang belum pakai. masih dalam plastik :)
sebab nak let go: tak ketat.longgar. tak best :( tapi dah ambik saiz s/m dah :(
nak let go harga murah murah je :) sila beritahu jika berminat :)
kalau tade berminat, saye buat giveaway je la hihiih tp tatau la bileeee ngeeeeeee
beli kat milk a deal sebenarnye :) tak ingat bila beli. tapi dalam tahun ni la. masa tu beli compare jugak dengan online shops kat facebook, dan kat milk a deal lagi murah :)
frustnya longgar :(
Saiz S/M
Hip 84-94 cm
Waist 62-72 cm
Weight 45-60 kg
dan deal ni pun kat milk a deal tengah berlangsung lagi, tinggal lagi 7 hari.
AUTHOR: USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL | POSTED AT: 5:31 PM | FILED UNDER: ISU SEMASA
Assalamualaikum ustaz.
Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya? Minta pandangan Ustaz.. Sekian,terima kasih. Jawapannya
Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.
Perayaan hari ibu ini adalah berasal dari pada budaya masyarakat greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea iaitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.Peranan Sebagai Umat Islam
Tidak perlu kita tunggu Perayaan Hari Ibu barulah waktu itu kita terhegeh-hegeh untuk membelikan hadiah dan berbuat baik kepada mereka, selepas hari ibu habis semua, kembali balik kepada asalnya iaitu tidak pernah menanyakan khabarnya, tidak balik ke kampung untuk menziarah mereka, kasar dengan kedua ibu bapa dan sebagainya. Pelakuan sebeginilah yang dilarang oleh Islam, Perayaan Hari Ibu bagi Islam ini adalah pada setiap hari dan setiap masa. Sebab ini adalah tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga mereka.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang menghormati kedua ibu bapa pada bila-bila masa, bukan hari atau masa yang tertentu sahaja kita menghargai ibu bapa kita. Di antara firman Allah yang bermaksud :“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)
Sebagai seorang anak yang baik dan beriman kepada Allah, maka dia hendaklah menjaga dan menghormati kedua ibu bapanya jangan sesekali menyakiti hati mereka. Menderhakai kedua ibu bapa merupakan kejahatan yang paling besar dan paling dibenci oleh Allah. Di antara balasan yang dikenakan Allah kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapanya ialah :Segera Mendapat Balasan Allah
Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)Segala Amal Ibadatnya Sia-Sia
Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi kosong dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud :"Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani)
Tidak Akan Masuk Syurga
Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya."(Hadis riwayat al-Hakim)
Kesimpulannya
Pendapat saya yang serba kekurangan ini, lebih baik kita hindarkan diri dari menyambut Perayaan tersebut, kerana dikuatiri ia melibatkan perayaan Agama Kristian dan hal ini saya masih belum menjumpai mana-mana fatwa yang dikeluarkan lagi oleh pihak yang berwajib. Mungkin telah ada fatwa tetapi saya masih belum menjumpai maklumat tersebut. Tidak perlulah kita buat kebaikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kita digelar sebagai seorang bapa dan ibu. Tidak terhitung segala pengorbanan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sebab terlalu banyak.
Perayaan ini juga ada kaitannya dengan akidah, takut-takut apa yang kita buat itu boleh merosakkan akidah kita tanpa disedari, ini sangat bahaya dan perlu diawasi. Masyarakat Islam sekarang khususnya di Malaysia ini banyak yang jahil dan suka menerima apa-apa perkara secara bulat-bulat dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu. Bila telah melakukannya baru disedari bahawa selama ini apa yang telah dilakukan adalah bercanggah dengan Agama Islam.
Lebih baik kita menghindarkan diri dari menyambutnya, kerena ini lebih baik dan ia juga belum terbukti lagi adakah ia sebahagian acara Agama Kristian atau bukan. Istilah mudah yang boleh digunakan dalam masalah ini ialah ragu-ragu atau syubhah. Tindakan yang baik adalah terus meninggalkan perayaan tersebut kerana ia lebih selamat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Riwayatkan AI-Bukhari dan Muslim)
ohh selalu saya beri hadiah pada masa ni selain hari lahir mak. time2 cemni kan senang dapat beli set hadiah untuk ibu. tapi tak maksud nak sambut pun. bagi hadiah pun bukan tepat2 hari tersebut. kekadang sebulan selepas tu. sebab nak ada 1 hari yang bole bagi hadiah selain hari lahir. sebab biasa, kalau bagi saja2 (contoh balek dr kelantan beli kain2 nk bagi mak), mak akan tanak ambil tak pun dia akan bayar balik. kekadang frust beli pape bagi mak, tetibe esok mak bagi duit bayar balek :( camne ek. takpe ke cemtu :( kira bagi hadiah sebab jasa2 mak sebab sampai besar da kawen pon jaga makan pakai saya lagi :') nak die rasa spesel. macam surprise. hari bukan hari lahir pon dapat hadiah best. camneee takpe ke..
balek kerja tadi terus ke KFC. aduhai beratur sampai ke pintu! terus patah balik ke kereta sambil SMS suami, 'tak dapat beli kfc baru sbb ramai sangat sampai beratur ke pintu'.
jam 4ptg cemtu tetibe suami cakap on the way balek rumah. hohoho!! biase tak balek. heheh. pegi bukak pintu, ada plastik kfc kat tangan.hihiihih :D (tengs, abam! :* )
ingat ke ayam tu sepenuhnya disalut dgn ramuan baru tu. tapi sebelah je, dan tak penuh permukaan pun. kuciwa. sedap sikit je kot :p
31 Mac hari tuh birthday nur afifah nazri. hihi :) tak sempat nak hantar hadiah. da seminggu lepas tu baru terpikir nak hantar ceklat :'D itu pun beliau da dapat teka bila saya sibuk sibuk tanya alamat kolej :p